
|
sweet owner ![]() Bigfoots! Credits!
| Dia Suamiku 2 Aedy Fazreen membuka perlahan-lahan matanya . Dia benar lemah disaat itu . Dilihatnya mama , papanya , Reen dan Am juga ade berdekatan dengannya . Aedy tersenyum manis apabila terpandangkan wajah Ameer,adik keduanya itu . Sudah balik adiknya itu . Mamanya memaut lengan Aedy dengan kemas “bila kau sampai Am .?” soal Aedy lemah . Matanya sedikit berair “Eddy jangan banyak cakap . Eddy kan tengah sakit nie “ ucap Puan Sri Fadhila lembut. Dia rungsing kalau kalau anaknya banyak bercakap akan menyukarkan keadaannya yang sedang sakit itu “Aku sampai pagi . Kau berehatlah , kau kan tengah sakit tu “ balas Ameer serius “Fea mana ma pa .?” soal Aedy lagi pada mama dan papanya . “Soffea pergi kelas,petang nanti dia dataglah jenguk kamu tu ,papa dah telefon dia tadi “balas tan Sri Adam Aedy Fazreen tersenyum kelat . “Semalam Fea jaga abang seharian “ perlahan Ayreen berbicara . kali ni Aedy Fazreen tersenyum bahagia . Sedangkan Ameer pula tertanya-tanya kenapa nama Fea mesti disebut .?penting sangatkah dia bagi familiku .?kenapa aku tak tahu pun . gumam Ameer sendirian “Am kau datang sini kejap “ panggil Aedy Fazreen . Ameer melangkah kearah Aedy dan mengambil tempat disisi abangnya itu “dah la bercakap,kenapalah kau nie degil sangat . Aku tahu kau rindukan aku . Hari ni aku temankan kau “ balas Ameer serius . Kalau boleh dia mahu abangnya itu berehat secukupnya “Am aku nak mintak tolong kau satu perkara boleh .?lebih kurang amanah la nie .?” omong Aedy serius ,kali ini sudah tiada senyuman dibibir lelaki itu . Ameer memandang tepat kearah muka Aedy. “apa .?” soal Ameer . Dahinya sedikit terkerut . Manakala Puan Sri fadhila dan Tan Sri Adam masih lagi menanti bicara Aedy seterusnya “bersaksikan mama ,papa dan Reen ini permintaan terakhir aku “ ucap Aedy perlahan. Seketika dia terbatuk kecil “ape yang kau merepek nie Eddy .?” soal Ameer sedikit terkejut . Sungguh dia tidak menyangka yang abangnya bisa berkata sedemikian .Ayreen , Puan Sri fadhila dan Tan Sri Adam turut mempamerkan reaksi terkejut “Aku tak merepek , aku serius nie …” Aedy menarik nafas ,disambung lagi bicaranya “Aku nak kau nikahi Soffea” sebaris ayat itu ditutur laju oleh pemilik nama Aedy . Semua yang berada didalam bilik itu terkejut sakan . “Aku nak kau tunaikan permintaan terakhir aku nie Am kalau kau hormat aku sebagai abang kau“ ucap Aedy lagi sambil menunggu reaksi Ameer . Ameer tekedu . kelu seketika .Tak masuk akal .Memang sungguh tak masuk akal ! “tapi kenapa mesti aku .?Aku tak kenal sape Soffea tu dan ..dan tak mungkin aku berkahwin dengan dia “ balas Ameer.Suaranya sedikit meninggi . “Ameer “ marah Puan Sri Fadhila . Sedikit geram kerana Ameer sudah meninggikan suaranya sebentar tadi . Ayreen sedari tadi lagi terdiam sendiri ,manakala tan Sri Adam cuba menenagkan isterinya disaat itu . “Tolonglah Ameer , aku merayu kepada kau . Cuma kau sorang jer yang mampu jaga Soffea dengan baik .Aku tak sanggup nak lepaskan Soffea ke tangan orang lain . I’m beg to you Ameer Firash “ucap Aedy perlahan .Kali ini menitik air matanya “arghhhh” sepontan keluar dari mulut Ameer . Dia pantas bangun dari kerusi yang diduduknya itu dan dengan pantasnya berjalan menuju kearah jendela diruang bilik itu .Dilihatnya awan yang mendung dikala itu . Angin lembut seolah-olah menyentuh kulitnya dikala ini “tolonglah Am , dengan cara ini saja yang mampu membuatkan aku tenang dan membahagiakan aku sebelum aku pergi .Aku merayu pada kau dik .Selama nie aku tak pernah minta apa apa dari kau ,tolonglah kali nie kau tunaikan permintaan terakhir aku ini “ “kau ni dah gila ke .?Benda ni tak boleh buat main-main .Kalau aku kata ak,tak nak lah”Ameer bersuara keras.Perasaan geram dan gelisah bercampur baur dikala ini . “Am ,papa merayu pada kau nak , tolonglah kau setuju dengan permintaan abang kau tu . Papa dan mama dah tak sanggup untuk lihat dia terseksa lagi “ Ucap Tan Sri Adam sambil menepuk bahu anaknya itu . Dia berharap agar Ameer menerima permintaan itu , lagipun keluarganya sudah cukup kenal dengan Soffea dan firasatnya sebagai ayah mengatakan yang Soffealah yang terbaik untuk hidup anaknya itu . “Reen pun berharap macam tu bang” bicara Reen telus . Air mata jernih mula menitik . Satu persatu wajah direnung Ameer . Mula-mula wajah mamanya , kemudian papanya dan jatuh pula pada wajah manis Reen dan akhir sekali lama dia menatap wajah abang sulungnya itu . Sinar mata itu sungguh berharap . Ameer keliru . Keliru dengan perasaannya sendiri . Kenapa ini semua harus diberikan kepadanya .Arggghhh sungguh ! mereka semua tak mengerti perasaanku . Ameer terus berlalu dari bilik itu , dihempapnya pintu bilik itu dengan kuat . Nasib baik tidak tercabut . Puan Sri Fadhila dan Tan Sri Adam mengucap panjang . Dia kenal benar dengan perangai anaknya itu . Lagipun antara Aedy dengan Ameer , Ameerlah yang sangat susah untuk diatur hidupnya . Tan Sri Adam berjalan menghampiri Aedy . Dia melabuhkan duduknya di hujung kaki Aedy . Dipandang sayu wajah anak sulungnya itu . “Eddy dah fikir masak-masak ke pasal permintaan itu .?”soal Tan Sri Adam “ye . For sure .Hanya Ameer yang layak mendapatkan Soffea selain dari Aedy” ucap Eddy tegas “Lagipun Eddy tahu hanya Ameer saja yang mampu jaga Soffea sebaik mungkin selepas Eddy tiada nanti” tambah Eddy dengan yakin “tapi kan bang ,abang tahu kan macam mana perangai abang Ameer . Reen takut Soffea terluka je nanti” Ayreen menjampuk seketika . Gusar juga dia jikalau abangnya yang kedua itu buat sesuatu pada Soffea suatu hari nanti “percayalah , abang yakin .Abang kenal Ameer macam mana . Lagipun abang tahu Ameer akan berubah suatu hari nanti . Ma tolonglah pujuk Ameer ye” pinta Aedy penuh berharap . Puan Sri Fadhila mengangguk lemah “Ya . Nanti mama mintak tolong Opah . Mungkin Ameer akan dengar cakap Opah nanti” “habis tu , Soffea macam mana abang .? Reen tak yakin yang Fea akan terima permintaan ini nanti” tambah Ayreen lagi . Aedy melepaskan sedikit keluhan . “Petang nanti suruh Fea jumpa abang ye .?abang nak tidur dulu . Abang letih la “ ucap Aedy lemah . Dia menarik nafas panjang dan melelapkan matanya “hello Fea,kau kat mana tu” “Assalamualaikum . Aku baru habis kelas” “eh, eh sorry . Waalaikumussalam . Eh nanti kau datang ambil aku kat rumah aku ye . Kita pergi hospital sama ye” “Okey ,aku nak pergi Solat asar dulu ,lepas tu balik rumah ambil barang aku . Baru aku ambil kau yer” “Aku on je” “okey dalam pukul 5.30 aku pergi ambil kau” “okey ,bawak kereta elok-elok yea” “ye lah mak cik” “Amboi tunggu kau nanti “ “ek eleh dah memang macam mak cik pun . Okeyla tunggu aku tahu .Assalamualaikum “ “ye la nenek, Waalaikumussalam” . Soffea tersenyum seketika mendengar ayat terakhir Ayreen itu . Dia nie memanglah .Ade ke patut panggil aku nenek .Lantas telefonnya disimpan kembali dalam poket . Dia meneruskan langkahnya menuju ke tempat parking kereta . Sebaik sahaja Soffea ingin membuka pintu kereta toyota camry milik Ayreen ,tiba tiba satu suara sedang memanggilnya. “fea,tunggu jap” “Awak nak apa lagi azfar .?” Soal Soffea sedikit tegas .Wajahnya tegang dan keningnya sedikit terangkat .Sungguh dia tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu disaat ini. “Fea , tak boleh ke awak terima saya .? Tak cukup sempurna lagikah saya di mata awak” tutur Azfar lembut . Dipandangnya wajah Soffea yang lembut itu . Sungguh dia tidak mengerti dengan perempuan ini . Dia sebagai lelaki yang memiliki segala pakej masih tidak dipandang oleh Soffea . Sedangkan ramai lagi perempuan di universiti ini tergila-gilakannya tetapi kenapa sedikit pun Soffea tidak pernah memandang akan kelebihannya itu . Dia punya segala galanya . Rupa paras yang kacak , berharta dan berpelajaran pulak tu . Takkan sedikit pun tidak menyentuh hati Soffea “kalau pasal inilah yang awak nak cakap , Maafkan saya Azfar saya tak berminat” ucap Soffea sambil masuk kedalam perut kereta . Belum sempat Soffea menarik pintu , Azfar sudah menahannya . “Fea wait .okey sorry mengganggu awak “ balas Azfar sedikit serba salah “okey” “Okey macam nilah ,boleh tak kalau kita kawan macam dulu.?” Tutur Azfar lagi .Dia berharap agar Soffea menerima dirinya sebagai seorang sahabat .Kalau boleh dia mahu rapat dengan Soffea seperti dulu . Hampir 7 bulan Soffea menjauhinya . Sungguh hidupnya menjadi tidak tentu arah tanpa kehadiran Soffea “kenapa .?sekarang kita dah tak berkawan ke Encik Azfar.?” Saja Soffea menduga . Dia tiada mood dikala itu “ Soffea, look . Awak pun tahu kan ,sejak kejadian awak tolak lamaran saya dulu ,kita dah tak rapat macam dulu” “Soffea, please saya sayangkan persahabatan kita ,lebih-lebih lagi awak . Maafkan saya okey “ tambah Azfar lagi setelah dia melihat Soffea hanya berdiam diri .Dia perlu menyelesaikan masalah itu hari ini juga .Dia sudah tidak mampu menyeksa perasaanya sendiri . Dia rela kalau Soffea tidak menerima lamarannya asalkan gadis itu masih tetap menjadi temannya . Sekurang kurangnya dirinya tidaklah terseksa melihat Soffea dari kejauhan “saya dah lama maafkan awak “ ucap Soffea lembut . “tu je ?” soal Azfar sedikit tersekima . Itu sajakah jawapan dari mulut Soffea . “Saya tak kisah kalau kita kawan macam dulu . Tapi saya taknak awak tersalah anggap .Saya tak nak kalau perhubungan kita lebih dari seorang kawan .Awak faham kan maksud saya .?” jawab Soffea jujur tanpa berselindung lagi “ye saya faham . Saya tahu sedikit pun dalam hati awak tiada untuk saya “ “ Maafkan saya Azfar . Tapi ade oang lain yang dah curi hati saya sebelum awak . Maafkan saya . Saya kena minta diri dulu “balas Soffea cepat . Segera ditariknya pintu kereta .Azfar masih lagi berdiri di sebelah kereta itu . Soffea sudah tidak boleh berlama disitu lagi . Dia masih banyak urusan . Soffea terus berlalu dari situ .Dipandunya kereta Ayreen dengan penuh cermat dan selamat .Dalam hatinya dia tidak henti untuk berdoa agar selamat sampai . Hampir setengah jam perjalanan ,akhirnya Soffea dan Ayreen selamat tiba dihospital . Soffea melangkah semakin laju . Semakin tidak sabar untuk bertemu dengan Eddy . Sungguh hanya lelaki itulah yang dirinduinya setiap masa . Ayreen yang dibelakangnya sudah tertinggal agak jauh “eh Fea ,kok ye pun tak sabar nak jumpa abang aku , tunggulah aku nie hah “ Laung Reen kepada Soffea yang sudah agak jauh darinya .Aisy minah nie pun .Teruk bebenor rindu kat abang aku kalau macam tue sekali gayanya “kau tu ,asyik melenggang aje ,cepatlah sikit “ balas Soffea pula .Dia sudah berhenti . “ye lah . AKu tahu lah kau sayang abang Eddy dari aku “ balas Reen sambil mencebik .Mulutnya sedikit dimuncungkan “Alolo , dah besar macam gajah pun nak merajuk erk “ ucap Soffea sambil menarik pipi Reen . Reen segera menggosokkan pipinya . “tak merajuklah .saja je nak menduga kau . Untungla Abang Eddy kau sayang gila dia “ “”Eh ,aku tak gila lagi okey .Dah dah aku sayang semua la . Bukan Eddy sorang je tahu , semua family kau yang lain aku sayang lah . tambah-tambah opah kau “ balas Soffea lagi . Sudah lama dia tidak menemui Opah . Lagipun Opah sudah jarang datang ke Kuala Lumpur . Teringat lagi disaat keluarga Ayreen bercuti di kampung halaman Soffea di Kelantan . Mereka bagaikan sungguh teruja bercuti di Kelantan 2 tahun yang lalu.Sehingga Tan Sri Adam bercadang untuk membeli rumah di Kelantan .Katanya suasana di Kelantan sungguh tenang dan damai berbanding dengan kota raya seperti Kuala Lumpur .Biasalah orang Bandar seperti mereka bukannya selalu berjumpa dengan kampung .Gelak Soffea didalam hati “semua family aku ye Fea ?“ soal Ayreen dengan sedikit maksud mendalam .Bibirnya tersenyum manis “ye la,family kau dah terlalu baik dengan aku . Aku sayang korang semua macam family aku” balas Soffea selamba .Dia masih tidak dapat menangkap soalan sebenar Ayreen “termasuklah abang Am aku ye .?” “hah ? err…” Soffea sudah mati kata .Kenapa dengan Ayreen tiba-tiba nie?Abang Am dia pun aku tak kenal “dahlah ,jom cepat masuk “ Tarik Ayreen sambil menolak pintu bilik V7 yang menempatkan Aedy .Dilihatnya mama dan papanya sudah didalam bilik itu . Papanya sedikit leka membaca surat khabar manakala mamanya pula sedang menyuapkan bubur kepada abang kesayangannya itu .Soffea tersenyum manis sambil menampakkan kedua-dua belah lesung pipit dikiri dan kanan pipinya “eh Fea dengan Reen dah sampai “ Ucap Puan sri Fadhila lembut . Diterusnya lagi menyuapkan bubur kepada Aedy “Assalamualaikum aunty ,uncle “Aedy hanya membalas senyuman Soffea . Getaran didanya semakin melaju . Dia sangat merindui wanita yang sedang berdiri tegak didepannya dikala itu . Dipandangnya Soffea dari atas ke bawah . Sungguh wanita itu sungguh tampak menarik dengan berbaju kurung mini berwarna biru muda dan bertudung krim. Soffea yang sudah perasan akan pandangan Aedy terus tertunduk malu . Tahukah lelaki itu bahawa dia sangat merindui wajah kacak lelaki itu . Biarpun selama mereka bercinta hampir dua tahun ini Soffea tidak pernah meluahkan rasa cintanya pada Aedy , tapi jauh disudut hatinya yang diamat menyayangi lelaki itu . “waalaikumussalam”balas Aedy, Puan sri Fadhila dan Tan Sri Adam serentak . “Fea apa khabar . Sihat tak ?” soal Puan Sri Fadhila lagi “sihat Alhamdulillah aunty . Aunty dengan uncle macam mana .?” “Alhamdulillah sihat Fea” sekali lagi pasangan suami isteri itu menjawab serentak . Mereka berdua saling berpandangan dan tesenyum.Wah memang sehati sejiwa .Dahla sama padan .Tan Sri Adam yang berkacukan Inggeris dan arab itu sungguh kacak disamping Puan Sri Fadhila yang berdarah kacukan melayu cina .Memang merpati dua sejoli la .Patutlah si Ayreen ni lawa dan Aedy pulak kacak.Soffea tersenyum sendiri “Oh Fea , dah nak dekat pukul 7 ni . Aunty dengan uncle balik dulu ye . Fea dengan Reen jaga diri baik-baik ye . Kalau sesuatu buruk terjadi dekat Eddy ,Fea telefon ye” “baiklah Aunty”balas Soffea sambil mengangguk perlahan . Ayreen segera menyalami tangan ayahnya itu ,sedangkan Soffea pula menyalami tangan Puan Sri Fadhila .Puan Sri Fadhila menepuk lembut di bahu Soffea . Dia sangat berkenan dengan Soffea . Sudah lama dia memasang impian untuk bermenantukan Soffea Soffea gadis yang sangat baik .Bukan dengan itu saja . Soffea juga mempunyai pakej yang sangat lengkap sebagai seorang wanita. Seorang gadis yang bersopan santun dah manis lagi . Entah kenapa , setiap kali dia menatap wajah lembut gadis itu hatinya cukup senang . Pernah juga dulu dia bercadang untuk mengambil Soffea sebagai anak angkatnya , tetapi apabila mengetahui anak sulungnya itu sedang hangat bercinta dengan Soffea dia terus mematikan niatnya itu . Biarlah Soffea terus menjadi menantunya suatu hari nanti . Tapi apabila mengetahui berita tentang penyakit anaknya itu , hatinya dipagut sedikit rasa pilu . Dia takut untuk kehilangan kedua duanya sekali . Terdetik jua dihatinya untuk menyatukan Soffea dengan Ameer andai umur Aedy tidak panjang ,tetapi belum sempat dia menyuarakan isi hatinya itu Aedy terlebih dahulu meminta agar Ameer menikahi Soffea . Entah kenapa setelah Aedy menyuarakan tentang permintaan terakhirnya itu , dia berasa sedikit lega . Adakah ini yang dinamakan takdir dan jodoh .? Puan Sri Fadhila tersenyum sendirian . Tan sri Adam sedikit hairan melihat teletah isterinya itu. “hai tadi tak sabar sangat nak jumpa abang aku . sekarang pehal membisu je” ucap Reen memecahkan kesunyian diantara mereka bertiga . Soffea yang berdiri disebelah Reen sudah merah padam . Wajahnya yang putih bersih itu telah merona . Malu mula menerpa dirinya . Reen nie tak boleh nak rahsia ke ..ish ish , marah Soffea dalam hati “Reen . Reen tak habis menyakat Fea .dahla tu , merah padam dah mukanya” balas Aedy sambil tersenyum gembira . Sedikit lega apabila dapat melihat wajah comel itu “Mana ada membisu , aku nak cakaplah ni . Kau tu tak sempat aku nak start cakap kau dah cakap dulu” Soffea mula bersuara setelah membisu sedari tadi “Alah ,kau …” Belum sempat Reen berkata kata . Aedye sudah mula bersuara “Dah , dah jangan gaduh “ “ Reen boleh tinggalkan abang dengan Fea sekejap” |