
|
sweet owner ![]() Bigfoots! Credits!
| Dia Suamiku 1 Soffea memandang lembut kearah Aedye Fazreen yang sedang lena dibuai mimpi. Tubuh yang dulu gagah dan kuat kini hanya mampu terbaring lemah dan bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan . Sayu hatinya ! Sungguh tak terluah rasanya dikala ini . Seaakan-akan kekuatan yang dimilikinya dulu kini sudah mulai luntur . Kalau dulu tubuh lemah itulah yang selalu membantu Soffea , menyelamatkan Soffea dari segala kesulitan , tapi kini .? Tubuh lemah itu hanya mampu terbaring tidak bermaya lagi . Hanya menunggu seruan Ilahi . kenapa disaat lelaki itu tenat baru dia mengetahui hakikat bahawa lelaki itu sakit .? Sungguh Soffea benar-benar merasakan semua ini bagaikan mimpi . Air mata Soffea semakin deras mengalir . Sungguh dia sudah tidak mampu mengawal lagi perasaannya dikala itu . Kalau dulu dia tidak suka menangis dihadapan lelaki itu ,takut dianggap lemah . Tapi kali ini tidak lagi , Soffea bukan sahaja lemah , malah teramat lemah . Pintu bilik yang dikuak menyedarkan Soffea . Soffea segera mengesat air matanya dengan tudung yang tersarung dikepalanya . Kalau boleh dia tidak mahu Ayreen fanesya menyedari yang dia sedang menangis sebentar tadi . “Fea , dah nak masuk pukul 11 . kau taknak balik lagi ke .?” Soal Ayreen Fanesya lembut . Ye dia tahu Soffea sedang sedih dikala itu . Meskipun wanita itu cuba menyembunyikan hal itu , namun dia tahu perasaan Soffea disaat itu . Tambahan lagi Aedye Fazreen merupakan cinta pertama gadis kecil molek itu .Dan mereka juga akan ditunangkan hujung tahun ini . Dia faham benar , mungkin susah untuk Soffea menerima hakikat ini . Ayreen fanesya merupakan sahabat baik Soffea sejak mereka berdua di semester satu lagi , tambahan pula Ayreen Fanesya merupakan adik bongsu aedye Fazreen . “Reen kalau aku temankan kau jaga Eddy malam nie kau tak kisah kan .?” Soffea bertanya penuh berharap . Biarlah dia berada disisi Aedye Fazreen disaat-saat akhir ini . “Aku tak kisah Fea , Cuma aku takut susahkan kau jer,dah seharian kau jaga dia hari ni “ bicara Ayreen lembut . Ditatapnya wajah Soffea yang sedang duduk di Sofa yang disediakan dalam bilik itu . “tak , kau tak pernah susahkan aku pun Reen , tapi aku yang dah banyak susahkan kau dengan Eddy selama nie , bagilah peluang aku balas balik segala jasa baik abang kau selama nie Reen “tutur Soffea penuh syahdu . Ayreen Fanesya mengangguk lemah . Ya selama ini pun Aedye fazreen dah Ayreen Fanesyalah banyak membantunya untuk hidup di kota raya sendirian . Dia masih ingat lagi , Aedye Fazreen sanggup menyelamatkan dirinya yang hampir – hampir dilangar , sehingga Aedye Fazreen yang terpaksa menangung rasa dan terlantar sakit selama 3 bulan . Begitu besar pengorbanan lelaki itu terhadapnya .Air jernih semakin menitik . Ayreen yang berada dibelakang Soffea mula menghampiri Soffea . Dipeluknya tubuh sahabat baiknya itu . “Fea , kau kena sabar , ini mungkin dugaan dari_Nya “ ucap Ayreen Faneesya tersedu-sedu . Hatinya juga bagaikan dihiris sembilu apabila doktor yang merawat abangnya pagi tadi mengesahkan yang abang sulungnya itu menghidadapi kanser hati tahap 4 dan sangat kritikal . “tapi kenapa disaat dia tenat baru kita semua tahu Reen .?kenapa Reen .?” soal Soffea Ielmaney lemah. Ayreen Fanesya melepaskan pelukannya dan mengambil tempat disebelah Soffea . Dipandangnya wajah Soffea yang mulus itu . “Aku pun tak tahu Fea kenapa abang nak berahsia sampai dia jadi seteruk ini , mungkin ada sebab dia nak rahsiakan dari kita semua” balas Ayreen Fanesya “Tapi aku kecewa Reen , kenapa dia sanggup buat macam tu . Kalau dia cakap awal lagi kita boleh ikhtiar untuk sembuhkan dia “ Bersungguh Soffea menyatakannya . Pandangan mereka bertaut . Habis tudung Soffea lencun dek kerana dibasahi air matanya . Semakin deras air matanya membasahi pipinya yang gebu itu . Mata nya menjadi sembam dek kerana terlalu banyak menangis . Sungguh dia tidak menyangka beginilah perhujungan hubungan dia dan Aedy yang sudah 2 tahun terjalin itu. Ayreen menggosok lembut belakang Soffea supaya perasaan kawannya itu sedikit reda . “Dia janji nak sehidup semati dengan aku Reen . Janji nak bertunang dengan aku , berkahwin dengan aku , dan membesarkan anak-anak kami bersama-sama “ tambah Soffea lagi . Matanya semakin sembap dan hidungnya semakin merah menyala . Hati Ayreen Fanesya dipagut pilu . Ya Allah begitu utuhnya cintamu pada abangku Soffea . Aku tak dapat menafikan Soffea aku turut berharap agar kau yang bakal menjadi kakak ipar aku dan ibu kepada anak-anak saudaraku nanti . Tapi Fea , apakan daya kita untuk melawan takdir ini .? Mungkin ajalnya telah tiba . Segala galanya mungkin sudah tersurat . Kita sebagai hambanya hanya mampu redha dengan ketentuan ini , Ayreen Fanesya berkata dalam hati Deringan lagu Love you a like long song baby kedengeran . Soffea dengan segeranya mencapai telefon yan berada diatas meja . Ya Allah sudah pukul 12 tengah malam . Barulah dia teringat tadi dia ada mengunci jam ditelefonnya .Soffea mengesat air matanya . Ya Allah kenapa aku begitu lemah untuk menghadapi ujian ini Ya Allah . Sesungguhnya aku terleka sebentar tadi , Ampunilah dosa hambamu yang lalai ini YA Allah . Kuatkanlah aku dalam menghadapi dugaan mu ini , Tabahkanlah hatiku Ya Allah , rintih Soffea didalam hati . Soffea memandang Ayreen yang tak berkelip merenungnya . “Reen aku pergi surau dulu yea , aku nak solat sunat “ bicara Soffea lemah “pergilah Fea , kalau kau mengantuk kau tidur lah . Jangan paksa mata kau ,esok kau ade kelas kan .?” giliran Ayreen Fanesya menyoal lembut . Soffea hanya mengangguk mengiakannya . Sungguh dia amat beruntung mempunyai kawan sebaik Ayreen Fanesya . Meskipun Ayreen Fanesya merupakan seorang anak salah seorang jutawan di Malaysia nie , namun Ayreen Fanesya bukanlah seorang yang sombong dan yang pentingkan darjat seperti orang kaya yang lain . Hampir 3 tahun usia persahabatan mereka , susah senang hidup Soffea selama ini Ayreenlah tempat dia mengadu . Ya Allah kau kekalkanlah persahabatan kami Ya Allah , Jauhkanlah kami dari salah faham dan hasad dengki , kau berikanlah keserasiaan diantara kami Ya Allah ,doa Soffea didalam hati .Dengan langkah yang longlai Soffea mengambil beg tangannya yang berada dihujung sudut bilik itu . Ameer mempercepatkan langkahnya kebilik V7 dan dengan segera dia memulas tombol pintu bilik itu . Cahaya lampu yang terang menghiasi ruang bilik itu .Ameer melihat adik perempuannya sedang lena diatas sofa , dipandangnya pula abangnya yang terbaring lemah itu . Malas menganggu tidur abangnya itu , Ameer terus berjalan menghampiri adik bongsunya yang sudah menginjak umur 21 tahun . Sudah lama dia tidak menatap wajah adiknya itu . Sungguh dia amat merindui keluarganya . Kali terakhir dia pulang ke Malaysia adalah pada hari raya tahun lepas . Sudah hampir 8 bulan dia tidak menjenguk ahli keluarganya itu disebabkan sibuk menguruskan syarikat papanya yang dibuka di United Kingdom . “Adik , Ooo Adik “gerak Ameer perlahan sambil mengoncangkan badan adiknya . Cuba mengejutkan adik bongsunya itu . Ayreen yang terkejut dek kerana terasa tubuh bagaikan digoncang terus membuka matanya .Beberapa Ayreen memisatkan matanya “ Ya Allah , abang . Adik ingatkan Fea tadi “ balas Ayreen cepat .Cuba digosok matanya perlahan . Ye betullah itu abang aku . Ingatkan mengigau tadi .Pantas tangan abangnya disalam lembut tanda hormat.Ameer tersentak ,tidak pernah adiknya itu menyalami tanganya ,tiba-tiba pagi yang hening itu adiknya berkelakuan sedemikian “Fea.?siapa tu.?orang gaji baru ke .?” soal Ameer pelik . Setahunya ahli keluarga dia tiada yang bernama Fea “eh , bukan orang gajilah abang tapi kawan Reen lah ,hurm …”Reen tidak sempat menghabiskan ayatnya “hurm ape dik .?”soal Ameer sedikit curiga .Kenapa adiknya tidak menghabiskan ayat ..Ada sesuatu yang dirahsiakah .? soal dirinya sendiri “em , dia sepatutnya jadi bakal tunang abang Eddy “tutur Ayreen jujur . Ameer mengangguk lembut . Ingatkan siapa tadi . omelnya sendiri “habis tu , dia dah tahu ke keadaan Eddy .?”soal Ameer lagi . Entah kenapa dia jadi banyak tanya pula . Selalunya dia paling tidak suka membicarakan tentang orang lain tambahan lagi orang yang tidak dikenalinya . Mungkin sebab Fea tu bakal tunang abangnya sendiri disebabkan itulah dia berminat untuk mengetahui pasal gadis itu . “Sudah la , malam nie pun dia yang temankan Reen jaga abang Eddy , dia pergi solat sunat dekat surau malam tadi maybe tertidur kot “ jawab Reen sambil menyikat rambutnya yang kusut dek tertidur sebentar tadi . Dilihatnya jam didinding sudah menganjak pukul 6.30 pagi “so macam mana keadaan abang .? macam mana boleh jadi macam ni .?” Ameer menanyakan keadaan abangnya pula “Doktor cakap abang dah tenat , tunggu masa je lagi . Adik pun tak tahulah .sebelum ini pun abang tak pernah mengadu sakit ke ape . tetiba mama call adik pagi tadi bagitahu yang abang tak sedarkan diri masa mama pergi kejutkan dia “ balas Ayreen sayu . kesedihan yang tadi sudah hilang mulai bertandang kembali . “pastu, adik ..” Deringan lagu Blow me a kiss bergema dalam bilik itu , Ameer pantas mengambil telefon dari poket seluarnya , tertera nama ‘FARHEM’ di skrin telefon . “Adik,abang pergi ambik barang-barang kejap . Kejap lagi abang datang balik okay “ tutur Ameer pantas lalu terus berlalu dari situ . Selesai saja menunaikan solat subuh Soffea terus berlalu ke bilik wad yang menempatkan Aedy Fazreen . Dalam hatinya tidak henti- henti dia memarahi dirinya sendiri .Macam manalah aku boleh tertidur pulak . Kesian dekat Reen kena jaga Eddy sesorang , marah Soffea kepada dirinya sendiri . Diketuknya kepalanya itu .Soffea semakin melangkah laju . “Assalamualaikum Reen “ sapa Sofea perlahan sambil menolak daun pintu “Waalaikumusalam Fea ,kau tertidur dekat surau yea tadi ?” soal Reen lembut sambil tersenyum kearah Soffea “A’ah ,sorry la Reen aku janji dengan kau nak jaga Eddy tapi tup-tup aku pulak yang tertidur “ balas Soffea penuh makna sambil menghampiri Reen yang sedang menyusun majalah diatas meja . Mungkin semalam Reen membaca majalah untuk menghilangkan rasa boringnya .Kesiannya Reen ,getus hati kecil Soffea “takpa la Fea aku tahu kau letih , lagipun dah seharian kau jaga abang Eddy kelmarin” “eh Reen kau dah sembahyang belum nie .? kalau belum pergilah dah nak habis waktu dah ni . Eddy nie takpe biar aku yang jaga “ balas Sofea bersemangat . Entah kenapa rasa sedih semalam sudah dibuang jauh . Dia tidak boleh menangis lagi . Dia kena kuat dah tabah menghadapi dugaan ini . Lagipun dia masih teringatkan kata ustazahnya dulu ‘Allah tidak akan pernah menguji hambanya diluar kebatasan hambanya itu’ . Mungkin ada hikmah disebalik dugaan ini . ‘kuatkanlah hambamu yang lemah ini Ya Allah ‘ . Sekarang Soffea cuma ingin memanfaatkan sebaik mungkin saat saat terakhir dia bersama Eddy dan mencuba membahagiakan lelaki yang sudah mencuri hatinya itu.Aku akan jaga kau sebagaimana kau jaga aku dulu Eddy . Ini janji aku . “dah , aku solat masa abang am aku datang tadi .?” “Abang Am .?” soal Soffea sedikit terkejut .siapa abang Am tu .? Siap berabang abang pulat tu . Pakwe diakah .? setahunya Reen masih lagi tidak berpunya tapi selalu saja dikaitkan dengan Megat Darwin kalau dekat universiti . Itupun Reen cakap diorang berkawan jer sebab diorang mula rapat bila terpaksa berkerjasama untuk pembentangan tempoh hari “abang aku number dua “ balas Reen sambil menunjukkan 2jarinyajari . Dia masih lagi tersenyum “Owh abang kau eah .? aku ingatkan pakcik mana lah tadi temankan kau tidur. Manalah tahu kot kot ..” balas Soffea .Sengaja ingin menyakat teman baiknya itu “kot kot sape .? kau jangan nak buat serangan hendap erk “ Reen pantas bangun dan mencekak pinggan menghadap Soffea . Dibuatnya muka-muka garang . Namun ekspresi mukanya sedikitpun tidak memberi kesan kepada Soffea . Terlepas ketawa Soffea . Ingat orang takutlah tu ,macam lah aku tak tahu taktik kau Reen ..Alahai Reen . “haha,ala kau nie nak gurau sikit pun tak boleh , by the way abang am kau dah balik ke .?” jawab Soffea lembut . Kali ini Soffea pula tersenyum sambil menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. “takdelah dia pergi ambil barang dia dekat kereta “ beritahu Reen sambil memuncungkan mulutnya yang kecil itu . “Ohh , kalau macam tu aku balik dulu la yer , takut lambat ke kelas pulak , petang nanti aku datang jenguk Eddy balik “balas Soffea sambil melihat jam di pergelangan tangganya . Jarum jam sudah menunjukkan angka 7.30 .Soffea segera mengemas barangnya “okey,kau balik elok-elok yer Fea” Sambil membantu Soffea mengemas barangnya.Soffea tersenyum lembut lantas mengangguk .Soffea mengatur langkah menghampiri Eddy . Lelaki itu masih lagi tidur . kali ini Soffea tersenyum kelat . Hendak menitik air matanya apabila melihat tubuh badan Eddy dipenuhi dengan wayar tetapi sempat diseka olehnya .’Kau kena kuat Fea’ bisik hatinya sendiri “eh Fea,tunggu jap,kau balik naik apa .?” Soal Reen tiba-tiba disaat Soffea memulas tombol pintu “naik teksilah sayang oiiii “ jawab Soffea selamba sambil berpaling kearah Reen “Fea,nanti aku suruh abang Am hantarkan kau yer .?” Ayreen memberi cadangan “hah .?eh tak payahlah , aku tak mahu susahkan abang kau “ seraya lepas itu Soffea menjawab “Kalau macam tu kau guna kereta aku la yer ,nanti senang sikit kau nak datang hospital “ Ayreen berkata dengan penuh berharap . Agar- agar Soffea menerima cadangannya ini . “err..err tak tak payah lah Reen . tak mahu aku “ Soffea menolak lembut sambil tersenyum kelat “kau nie kenapa hah , naik ajelah bukan susah pun , aku taknak kau balik dengan teksi ,bas or segala jenis kenderaan awam “ suara Reen sedikit meninggi . Ya dia amat mengambil berat tentang keselamatan Soffea . Soffealah segala-gala baginya . Kalau boleh dia tidak mahu sebarang perkara buruk pun terjadi pada Soffea . “yang kau nie kenapa Reen .? takde berdosanye kenderaan awam tu“ Soal Soffea sambil ketawa , terasa lucu pula dengan perangai Reen nie ,alahai “Fea , please .. kau sorang sekarang . aku tak nak sesuatu jadi kat kau .Aku sayang kau “ balas Ayreen penuh berharap . Soffea berhenti ketawa . Wajahnya kelihatan serius tiba-tiba . Dia dapat melihat keihlasan diwajah Ayreen . Macam mana nie .? Aku seganlah nak naik kereta Reen , kena drive sendiri pulak . Nanti apa orang kata pulak .? Kalau boleh dia tak nak orang fikir dia berkawan dengan Reen untuk mengambil kesempatan sebab dia berkawan dengan Reen penuh ikhlas dan tak lebih dari tu . “Fea aku tahu kau serba salah , tapi please untuk kali ni “ tutur Reen lagi . Soffea menarik nafas perlahan . Perlahan-lahan dia mengangguk lemah . Lihat saja anggukan Soffea , Reen terus tersenyum manis dan terus memberikan kunci kereta kepada Soffea “thanks Reen “ bicara Soffea lembut .Sungguh dia benar benar berasa segan disaat itu “No hal la, aku dengan kau tak pernah kisah pun .” Reen menjawab bersemangat . Soffea hanya membalas bicara Reen dengan senyuman . Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik V7 itu . Entah kenapa terasa berat sungguh kakinya untuk melangkah pergi meninggalkan Eddy . Sekali lagi dipandangnya wajah Aedy yang terbaring lemah diatas katil .Sungguh kalau boleh mahu saja dia berada disisi Eddy sepanjang masa tapi apabila Soffea memikirkan tanggungjawab sebagai anak harus menimba ilmu sebaik mungkin seperti yang diharapkan oleh maminya , dia terpaksa meninggalkan Eddy untuk seketika . Perlahan –lahan air mata Soffea mengalir . Benar ,dia sungguh lemah . Kalau depan Ayreen dia boleh menipu tidak sedih tapi dia tidak mampu untuk menipu dirinya sendiri .Ya Allah kenapa orang yang aku sayangi selalu meninggalkan aku Ya Allah , bisik Soffea perlahan . Soffea tahu sudah banyak mata yang memandang dia dalam keadaan begitu , namun dia tidak kisah lagi , biarlah rasa sedih itu keluar bersama dengan air matanya . Wajah Aedye semakin berlayar diruang mindanya saat ini . Terasa dunianya bagaikan kosong sekali . Sesungguhnya Soffea seorang yang susah untuk jatuh cinta .Sepanjang hidupnya 19 tahun dia tidak pernah menyintai seseorang yang bernama lelaki . Kadang kadang ramai juga yang tertanya kenapa gadis cantik dan sopan sepertinya masih tidak berpunya sedangkan dia mempunyai segala pakej sebagai seorang wanita . Dek kerana seringkali melihat kawan kawannya yang selalu kecewa yang menyebabkan Soffea menutup pintu hatinya kepada mana-mana lelaki yang bertandang dalam hidupnya .Dia juga tidak mahu sejarah dulu berulang kembali .Cukuplah dia merasai keperitan kehilangan orang yang amat disayanginya dulu . Dia lebih memilih untuk hidup single dari merasai kekecewaan dalam percintaan . Tapi segala-galanya berubah ketika Soffea kenal denga Aedye Fazreen . Perkenalan mereka bermula ketika mereka berjumpa dirumah Puan Sri Fadhila, mamanya Ayreena Fanesya dan Aedye Fazreen . Ketika itu keluarga mereka sedang mengadakan majlis kesyukuran . soffealah yang banyak membantu Puan Sri Fadhila dalam menyediakan makanan . Ketika itulah AEdye Fazreen mula jatuh hati pada Soffea yang polos itu . Tidak dia menyangka bahawa gadis muda seperti Soffea amat mahir dalam masakan , kalau dibandingkan dengan adiknya Ayreen fanesya memanglah amat jauh sekali . Pada awal perkenalannya dulu , Soffea memberikan feedback yang amat negative sekali . Sungguh susah untuk Aedye fazreen untuk memikat gadis idamannya itu . Bermacam macam cara yang dilakukannya dulu , namun tidak pernah diendahkan oleh Soffea sampai satu saat itu Aedye Fazreen mula merasa ingin mengalah . Namun disebabkan kejadian dia menyelamatkan Soffea dari dilanggar seolah-olah memberi sirna baru untuknya agar terus berjuang mendapatkan cinta Soffea . Soffea memberi peluang untuk mereka berkenalan yang akhirnya membibitkan rasa cinta diantara mereka . Kini sudah hampir 2 tahun usia percintaan mereka , tapi disaat Soffea mula menerima Aedye Fazreen sepenuhnya dihatinya kenapa perlu lelaki itu pergi dari hidupnya pula .? Sungguh Soffea bingung . Terasa sejarah dulunya kini bertandang kembali .Soffea mendengus perlahan . Dia berjalan sambil memandang kelantai . Bagaimanakah hidupnya nanti tanpa Aedye Fazreen .? Gedebukkk . Badan soffea sedikit terlantun ketepi . Ya Allah , aku dah langgar orang . “wei , dah buta ke hah .?lain kali jalan tu guna mata jangan guna lutut . Menyusahkan orang betul lah “ tengking lelaki berkaca mata hitam itu dengan kuatnya . Soffea memandang lelaki itu , sungguh bengis wajah dihadapannya itu meskipun dia tidak nampak keseluruhan wajah lelaki itu. Soffea mengesat air matanya perlahan “Maaf” hanya sebaris ayat itu saja yang mampu Soffea ucapkan dikala itu . Lelaki itu pantas berlalu meninggalkan Soffea yang masih terpinga-pinga disitu .
|