
|
sweet owner ![]() Bigfoots! Credits!
| Dia Suamiku 3 “Opah tak kira , kamu suka atau tidak kamu tetap perlu berkahwin dengan Soffea” ucap Opah Aini tegas . Sudah dua bulan pemergian Aedy dan selama dua bulan itulah dia menunggu keputusan dari cucunya itu , namun cucunya itu tetap mendiamkan diri . Hari ini dia tidak boleh bersabar dan menunggu lagi .Tan sri Adam dan Puan Sri Fadhila hanya memandang anak lelakinya itu lalu meneruskan suapan mee goreng ke dalam mulut masing-masing “NO ! Ameer tetap tak mahu . Ini soal nikah opah , antara kami berdua tak pernah ada rasa cinta” balas Ameer cepat .Sudu dan garpu yang dipegangnya dihempapnya kuat diatas pinggan . Ameer sudah menggeleng laju . Bibirnya diketap “Ameer rasa cinta tu boleh pupuk . Mama dengan papa dulu pun berkahwin tanpa rasa cinta . Ameer kena ingat cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta“ujar Puan Sri Fadhila cuba memujuk anak lelakinya itu .Dia tahu untuk mempengaruhi Ameer sememangnya susah . “Tapi ma , Soal hati tiada undang-undang apatah lagi paksaan , lagipun Ameer terlalu muda untuk berkahwin .Ameer baru 25 tahun ma . 25 “ jawab Ameer merintih . Difikirnya , keluarga nya itu sudah melupakan tentang permintaan Aedy tempoh hari .Tetapi hari ini tiba-tiba persoalan itu ditimbulkan kembali ... “Habis tu kamu nak berkahwin umur berapa Ameer .? 40 .? kamu nak tunggu papa takde dulu .?” ucap Tan Sri Adam sedikit menyindir .Mata Tan Sri Adam menyambar keras wajah kacak anak terunanya . ““pa , bukan macam tu , Ameer … Habis tu macam mana dengan kerja Ameer dekat UK . Siapa yang nak uruskan syarikat kita dekat sana ?” ucap Ameer sambil mencari helah.Dia kematian idea.Dia sudah tidak tahu apa lagi yang harus diperkatan .Kenapalah keluarganya itu tidak memahaminya .Ingat perkara kahwin ni main-main ke .?Sudahlah disuruhnya mengahwini seorang gadis yang langsung tidak dikenali .Hah ,apalah nasib aku,dengus Ameer kasar “Yang tu Ameer tak payah risau sebab papa dah suruh uncle Joe uruskan . Ameer hanya perlu menguruskan syarikat kita dekat Kl saje nanti “ Ameer mengeluh lagi .Mukanya diraup kembali .Argggghhhhh teriaknya didalam hati “Ameer ini permintaan terakhir arwah abang kamu . Susah sangat ke untuk kamu tunaikan .?” Puan Sri Fadhila pula mula bersuara .Nadanya masih lagi selembut tadi .Mamanya itu masih lagi cuba memujuknya “Ini permintaan pertama dan terakhir dari abang kamu . Arwah tak pernah minta apa dari kamu sebelum ni Ameer . Kamu tak ingatkah pengorbanan abangmu itu dulu .?” tambah Opah lagi . Ameer tertekan . Ya sangat tertekan . Seolah olah batu besar saja yang menghempas kepalanya disaat ini . Kepalanya sudah mula berdenyut-denyut Dia masih ingat , terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Aedy unuk dirinya . Ameer masih ingat , Aedy jugalah yang telah menjaganya selama 3 bulan dia terlantar sakit akibat kemalangan . Dan abangnya itulah yang telah menyelamatkan dia dari pencuri sehingga abangnya itu ditikam pencuri .Ameer menarik nafas sedalam dalamnya . Sejak dari kecil lagi dia tidak sehaluan dengan Aedy . Aedy dan Ameer bagaikan dari dua dunia yang berbeza . Kalau Aedy seorang yang kuat berjenakan dan berhati lembut , Ameer pula seorang yang sangat serius dan panas baran . Disebabkan jarak umur mereka berdua hanya berbeza setahun namun ramai yang mengatakan mereka adalah sepasang kembar . Bukan kerana sama dari segi rupa tetapi sama dari segi tubuh badan . Ketika masih kecil , mereka selalu berebutkan benda yang sama dan selalunya Aedy lah yang akan mengalah .Dan mungkin disebabkan itulah mereka membawa haluan masing –masing bila sudah besar begini “Papa bagi pilihan pada kamu Ameer . Samada kamu menikahi Soffea atau nama kamu digugurkan dari AF Holding dan Azure“ Tan Sri Adam berkata tegas menyentakkan lamunan Ameer .ARghhh papa juga sama dengan mama dan Opah .Kenapa diaorang semua tak reti-reti nak stop benda ni .Aku benci ,aku benciiiiiii Ameer bingkas bangun dari tempat duduknya . Dia terus berjalan keluar dari rumah . Sebaik sahaja dia melintasi tangga utama rumahnya matanya segera terpandangkan pasu besar,dia dengan pantas menendang pasu bunga besar yang terlelak disisi tangga itu .Berderai bunyi pasu tersebut pecah . Puan Sri Fadhila dan Opah Aini yang terkejut dengan bunyi benda pecah itu segera berlari kearah bunyi itu . Dilihatnya Ameer sudah meluncur laju keluar dari perkarangan rumah . Soffea memandang pancutan air yang memercik itu tanpa berkelip . Dipandangnya Awan yang semakin hanyut dalam kegelapan dan burung-burung yang terbang laju diawangan . Sedari tadi lagi dia masih termenung . Sungguh tenang hatinya itu dapat melihat ciptaan yang Maha Esa . Entah kenapa walaupun sudah dua bulan Aedy meninggalkannya buat selama lamanya namun dia masih tidak bisa membuang lelaki itu dari hidupnya . Satu persatu kenangan diantara dia dan Aedy berlayar dikotak mindanya dikala itu . Kenapa perlu secepat ini Aedy perlu meninggalkan dia .? Soffea mengeluh lembut .Namun dia Redha dengan dengan segala ketentuan Allah ini . Lagipun selama dua bulan ini dia cuba membina semangat yang baru . Soffea memandang jam dipergelangan tangannya . Sudah hampir pukul 7.30 malam .Kenapa Ayreen nie masih tak sampai-sampai . Pergi beli air ke pergi buat air ni ,gumam Soffea dalam hati .Soffea segera bangun dari tempat duduknya . Sebaik sahaja dia bangun dari tempat duduknya itu ada sesuatu benda yang besar baru terkena kepalanya . “Auchh”jerit Soffea . Soffea sudah mula menggosok kepalanya yang sudah sakit akibat terkena objek besar tadi . Soffea cuba mencari objek yang telah terkena pada kepalanya sebentar tadi . Selipar .? ‘Selipar nie ke yang kene dekat kepala aku sebentar tadi . Mak aihhh . Biar betul . Patut la sakit sangat kepala aku nie . Tapi siapa punya hah?’ marah Soffea didalam hati . Soffea cuba memusingkan badannya kebelakang . Dilihatnya ada seorang pemuda yang sedang bersandar pada kereta larmborghini warna hitam sambil menghadap kearah tasik juga . Pemuda itu sedang mengaup mukanya beberapa kali . Soffea menjatuhkan pandangan pada pemuda itu .Dipandangnya pada kedua dua belah kaki pemuda tersebut . Sebelah saja memakai selipar dan sebelah lagi berkaki ayam . Sah sah la selipar ini milik pemuda itu . Soffea mendengus geram . Diketap bibirnya . Dia berjalan menghampiri pemuda tersebut 'takde moral punya orang ,sesuka hati dia jer main baling .Ingat aku ni patung ke hah'marah Soffea didalam hati . “Awak nie dah buta ke hah .? Awak ingat saya nie apa suka suka hati awak je nak baling dengan selipar ?” gertak Soffea geram . Ameer yang sedang mengaup mukanya it uterus berhenti dari tindakannya apabila disergah sedemikian “Kau ni kenapa perempuan .?jangan ganggu aku boleh .?”Ameer pula bersuara keras.Raut wajahnya tampak garam .Soffea masih lagi tenang memandang wajah Ameer meskipun didalam hati dia sudah cuak apabila mendengar suara lelaki itu . 'eleh nak marah orang ,dia yang buat salah nak marahkan aku pulak .Huh harap muka jer handsome tapi perangai ntah pape' “Amboi sedapnya mulut awak . Siapa ganggu siapa hah .? Awak yang baling selipar awak ni dulu dekat saya , ingat sikit “marah Soffea lagi .Dia tidak mahu mengalah .Lelaki seperti ini memang harus diajar .Sudahlah tak minta maaf “ye ke .?nak buat macam mana . tak sengaja” jawab Ameer sedikit selamba Mata Soffea membulat mendengar ayat yang baru keluar dari mulut pemuda dihadapannya .Apa dia cakap .?Tak sengaja .?Kepala otak hang tak sengaja . “Apa awak cakap .? tak sengaja .? hei awak buta kea apa . Takkan tak nampak saya duduk dekat sana . Senang je nak baling selipar . Dahla baling selipar kena kepala orang tak mintak maaf pulak tu . Saya tak tahulah awak ni jenis manusia macam apa . Entah bukan manusia kot , mungkin alien “ “Apa?kau cakap aku Alien .Lantak akulah perempuan . Daripada kau tu , perempuan jenis apa la maghrib macam nie masih berpeleseran . Nah ambik duit nie , pergi baiki kepala kau yang rosak tu“ balas Ameer seolah menyindir . Dia meletakkan not bernilai 100 ringgit itu kedalam beg sandang Soffea yang sedikit terbuka . “Pakai aje tudung , entah-entah kau nie perangai lebih dari setan . Apa mak bapak kau tak ajar ke …” belum sempat Ameer menghabiskan ayatnya pipinya terlebih dahulu makan penampar Soffea . Soffea memandang Ameer tanpa berkelip . Soffea mengenggam kedua dua belah tangannya, kali ini dia sudah tidak tunggu lama ,segera dia menumbuk tepat pada wajah Ameer . Ameer mengaduh sakit . Wajah Ameer yang putih itu terus kemerahan .Soffea menarik nafas lega . Kini dia sudah puas . Dibetulkan sedikit tudungnya yang sedikit senget itu . Ameer pula mengaduh kesakitan gara- gara mukanya mendapat penumbuk free dari Soffea “Nah ambik duit nie,pergi baiki muka kau yang rosak tu” Soffea bersuara seakan akan menyindir ayat Ameer sebentar tadi . Dia segera melemparkan not 100 ringgit tadi itu kemuka Ameer . Sekali lagi Soffea membaling selipar Ameer pada tubuh tegap Ameer . Soffea meneruskan perjalanannya .Dan sebentar kemudian dia terus berpaling “Jangan pernah nak memepersoalkan pasal mak bapak aku sedangkan kau pun tak pernah kenal diorang . Lain kali jaga sikit mulut tu . Jangan ingat aku perempuan kau boleh buat sesuka hati “ balas Soffea dengan lantang dengan tegas sambil tersenyum sinis . Dia paling pantang kalau orang memburukkan kedua ibubapanya .Apatah lelaki yang baru dikenalinya sebentar tadi itu . Mak bapak aku pun tak kenal ,suka hati dia je nak cakap macam tu . Padan muka kau jantan . Kau belum kenal aku siapa , desis Soffea didalam hati Soffea membelek satu persatu kad yang berada didalam kotak simpanan sambil meniarap diatas katil kesayangan itu . Kemudian dia tersenyum sendirian . Ayat ayat yang berada didalam kad itu sungguh mencuit hatinya . Sesungguhnya Aedy seorang yang suka sangat bergurau. Itulah antara kenangan Aedy yang masih disimpan oleh Soffea . Soffea segera menutup kembali kad-kad tersebut dan disimpannya balik ke dalam kotak simpanan Roxy yang berwarna ungu . Soffea terus berguling-guling diatas katinya dan seraya itu terus menyentuh rantai yang tersarung kemas dilehernya . Rantai itu adalah hadiah ulangtahunnya yang ke 21 lepas . Dia masih ingat sudah puas dia menolak hadiah rantai itu , namun Aedy masih keras-kerasan mahu Soffea menerimanya . Dengan bantuan Ayreen dan kesungguhan dari Aedy akhirnya Soffea menerima hadiah rantai itu . Mungkin Aedy sengaja memberi rantai itu sebagai kenangan terakhir dia dan Soffea. Soffea mengeluh lembut . Bagi Soffea , meskipun jasad Aedy sudah lama meninggalkannya , namun setiap hari dia dapat rasakan hatinya sungguh dekat dengan hati lelaki itu . Lagipun dia tidak akan pernah buang kenangan yang sudah lama dibina bersama Aedy kerana lelaki itulah insan pertama yang dicintainya . Insan yang mengajarnya erti sebuah percintaan . Soffea tersenyum lagi . “ Fea , boleh mami masuk .?” soal Puan Zaili sambil mengetup pintu bilik anak gadisnya itu.Soffea menegrutkan kening memandang ibunya .Laa apasal pulak dnegan mak aku ni .? “la sejak bila pulak mami kena mintak izin , masuk ajelah “ ucap Soffea lalu bangun dari tempat pembaringan.Rambutnya yang terburai itu segera disanggul kembali .Memang itulah tabiatnya .Jarang sekali dapat dilihat Soffea melepaskan rambutnya yang ikal mayang itu “ Mami takut ganggu Fea je . Fea buat ape tu senyum sorang sorang .?” soal Puan Zaili lagi sambil menghampiri Soffea diatas katilnya . Puan Zaili melabuhkan duduknya disisi Soffea .Kening Soffea sedikit terangkat .Laa apasal pulak dengan mami aku hari ni ,?Tadi mintak izin nak cakap ,sekarang takut ganggu aku pulak .Selalunya mami tak macam ni ,main redah jer . “ takde lah mi , baca kad kad yang arwah Eddy bagi dulu-dulu “ balas Soffea lemah . Ada kelainan dari nadanya “ohh , Fea mami ade hal penting nak bincang dengan Fea”ucap Puan Zaili sedikit serius Gulp ! Soffea menelan air liurnya.Hal .?Hal apakah .?Adakah mami sudah tahu tentang permintaan arwah Eddy itu .Tapi tak mungkinlah ,aku mana ada cerita lagi .Hish dah jangan fikir bukan-bukan “er .. er pasal ape mami .?”soal Soffea penuh dengan getaran didada.Soffea menunggu respond dari maminya .Namun ibunya itu hanya diam memandang wajah Soffea .Ish kenapa dnegan mami ni .?Buat saspen betullah .. “ mami nak cakap pasal permintaan terakhir Eddy tue ke .?” soal Soffea lagi tanpa menunggu jawapan dari maminya .Hatinya dipagut rasa tidak senang . “A’ah dan …” jawab Puan Zaili tersekat-sekat . Kening Soffea sudah terangkat sebelah menanti ayat seterusnya dari mulut maminya itu . “dan ape mami ?” Soal Soffea pelik “Dan pasal rombongan Puan Sri minggu lepas “ balas Puan Zaili jujur . Kali ini Puan Zaili menantikan respond dari anaknya pula “what .?” soal Soffea lantang .Diketapnya sedikit bibirnya yang merah menyala itu . Tergamam dia mendengar kata-kata yang keluar dari mulut maminya sebentar tadi .Meminang .?What the .? “rombongan meminang sape mami .?kenapa mami tak cakap pun dekat Fea”soal Soffea laju “Aisyh kamu nie ,cuba perlahan kan sikit suara tue . Datang meminang siapa lagi kalau bukan kamu “ “Ala mami ,kenapa baru cakap sekarang” “”habis tu hari ni baru kamu balik . Takkan mami nak cakap dalam tefon .?” “er..er mami dah terima ke lamaran diaorang “ Puan Zaili mengangguk laju ‘Ya Allah matilah aku’ “kenapa mami tak bincang dengan Fea dulu .?”marah Soffea keras “La kenapa pulak , mami ingatkan Fea akan setuju . Lagipun Fea tak pernah pun cerita dekat mami pasal permintaan terakhir arwah Eddy”kali ini giliran maminya pula menyoal “Fea tak sedia lagilah mi . Lagipun ..Arghh susah la nak cakap . Kenapa mami tak tanya pendapat Fea dulu . Mami pun tahu kan macam mana keadaan Fea sekarang” “Mami tahu . sebab mami tahulah keadaan anak mami nilah yang menyebabkan mami terima lamaran Puan Sri tu “ Soffea memandang tepat kearah wajah maminya dikala itu “Fea . Mami tahu Eddy tue cinta pertama Fea . mami juga tahu macam mana rasanya kehilangan cinta pertama macam arwah papa dulu “ Puan Zaili menarik nafas lagi . Dia mula menyambung ayat yang seterusnya “Fea kena redha . Yang pergi tetap akan pergi . Mungkin ini takdir Fea . Fea bercinta dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain , inilah yang dinamakan jodoh . Kita manusia hanya mampu merancang , tapi Allah lebih berkuasa Fea ,dia dah aturkan segala- galanya “ ucap Puan Zaili lembut . Digosok bahu anak sulungnya itu “tapi mami , Fea muda lagilah . Baru 21 tahun . Fea tak bersedia lagilah nak pegang tanggungjawab sebagai seorang isteri . Lagipun Fea masih belajar lagi , dulu mami jugak yang cakap nak tengok Fea pegang ijazah dulu baru kahwin . Takkan semudah tu mami boleh bertukar fikiran “ “itu dulu Fea . Lepas mami tengok bakal suami Fea tu , mami dapat rasakan yang dia lelaki terbaik untuk Fea “ “what ! Mami tengok dia .? bila .?” Puan Zaili mengangguk lagi “Masa rombongan minggu lepas dia ada datang jugak . Dia hormatkan orang tua Fea , dan dari gayanya juga mami tahu dia dari lelaki yang baik baik “puji Puan Zaili lagi “mana mami tahu . Mami baru kenal dia sehari je . kot-kot dia berlakon macam mana .?”soal cuba menyangkal pendapat maminya itu “Fea firasat seorang ibu takkan pernah salah . Mami dah makan garam banyak dari Fea . Jadi mami dapat rasakan mana yang baik dan buruknya “ “Habis tu mami tak kena darah tinggi ke makan garam banyak ?” soal Soffea dengan bodohnya . Puan Zaili segera menarik telinga anaknya itu . Soffea terjerit kesakitan “Aisyh budak ni , aku cepuk kang . Mami tengok Ameer tu jauh berbeza dengan Eddy . Muka Ameer macam kacukan inggeris arab sikit , lain pula dengan muka Eddy dan Reen yang lebih kurang muka orang cina gitu “ “mungkin Ameer ikut muka sebelah papanya kot sebab apa yang Fea tahu Tan Sri Adam tue kacukan inggeris arab . Dan Eddy dan Reen pula mungkin ikut wajah sebelah Puan Sri Fadhila” balas Soffea selamba . Ditariknya bekas yang berisikan asam . Satu persatu disuakan ke dalam mulutnya . Puan Zaili turut serta memakan asam bersama Soffea . Memang sepadanlah dua beranak itu kerana kedua –duanya ‘hantu jeruk’ . “Mami bukan apa Fea . Kalau Fea dah kahwin nanti takdelah mami rungsing sangat Fea duk Kl sana tu . Sekurang-kurangnya ade la jugak orang yang jaga Fea “Soffea mengeluh lembut .Banyaklah punya jaga .Macamlah si Ameer tu akan jaga dia 24 jam .Sudahlah dia sendiri tidak pernah berjumpa dengan gerangan yang bernama Ameer itu . “ Ala mami , kenapa mami nak risau . Dah tiga tahun dah Fea duduk sana , setakat ni takde apa-apa yang buruk pun berlaku . Fea kan dah besar . Pandailah Fea nak jaga diri Fea nanti “Soffea cuba membela diri .Kalau boleh mahu saja dia menyuruh maminya itu menolak pinangan itu kembali .Sesungguhnya dia masih lagi belum bersedia untuk berkahwin “tak boleh ke kalau kita tolak lamaran tu mami?”soal Soffea . Kali ini suapan asam kedalam mulutnya sudah terhenti . Ditutupnya bekas asam dan diletakkan dimeja yang terdapat di bucu katil biliknya itu. Puan Zaili mengeluh lembut .Seketika dia terdiam . Mungkin sedang menyusun ayat barangkali “Memanglah sekarang ni takde ape-ape . Esok-esok .? Kita tak tahu Fea . Fea ingat lagi tak , dulu Fea pernah cakap dekat mami . Fea cakap kalau Fea nak kahwin esok-esok Fea nak kahwin dengan calon pilihan mami kan .? Fea ingat lagi tak .?” Soffea mengangguk lemah . Itulah yang pernah diucapkan 5 tahun dulu . Ketika itu dia masih lagi berumur 16 tahun .Ala benda dah lama pun ,Ish mami ni tu zaman budak-budak lah “Dan sekarang mami cakap . Ameerlah calon suami pilihan mami .” balas Puan Zaili dengan nada yang sedikit serius . Soffea terpana seketika . “Fea terima ye sayang . Lagipun family Tan sri dah banyak membantu kita sekeluarga . Mami rasa selama nie keluarga kita dah banyak terhutang budi dengan diaorang . “ tutur Puan Zaili sedikit lembut kali ini . Soffea mengiakan kata-kata maminya sebentar tadi . Sungguh terlalu banyak keluarga itu membantu keluarganya . Soffea tertunduk dan perasaan nya bercampur baur disaat ini . Sedih dan takut menguasai dirinya dikala ini . Ya Allah , jika ini ujian darimu , kau titipkan lah kesabaran dan kekuatan kepadaku dalam mengharungi ujian_Mu ini Ya Allah .Hanya kepada engkau aku memohon Ya Allah , rintih Soffea didalam hati . Puan Zaili yang masih lagi satia disisi anaknya itu masih sabar menunggu keputussan yang keluar dari mulut anaknya itu . Diperhatikan wajah mulus Soffea . “Fea setuju ye sayang “ ucap Puan Zaili memecahkan kesunyian diantara mereka . Soffea mengangkat sedikit mukanya memandang Puan Zaili .Dipandangnya kedalam bebola milik maminya . Sinar mata itu sungguh berharap menunggu jawapan darinya . Soffea menarik nafas panjang . Adakah ini yang diinginkan oleh maminya itu .? “Mami akan bahagiakah dengan perkahwinan Fea nanti .?” Soal Soffea seketika . Puan Zaili tersenyum .Lesung pipit disebelah kiri pipinya sedikit terselah . “Perkara yang paling gembira bagi seorang ibu apabila dia dapat melihat perkahwinan anaknya Fea” jawab Puan Zaili lirih . Jika ini yang dimahukan oleh maminya , Fea sanggup mempertaruhkan kebahagiannya demi memberi kebahagiam kepada maminya itu .Dia tahu , selama ini pun maminya sudah cukup banyak menderita ,biarlah kali ini dia membahagiakan hati maminya itu . Soffea mengangguk perlahan . Puan Zaili segera memeluk anak sulungnya itu . Seketika kemudia mereka menguraikan pelukan .Air jernih mengalir dikelopak mata Puan Zaili . Soffea yang terpandangkan akan air jernih terus menyekanya dari keluar. Puan Zaili mengenggam erat kedua-dua belah tangan Soffea . “Kalau tiada aral melintang , pekahwinan kamu akan berlangsung hujung bulan depan” “what .?kenapa cepat sangat mami .?”sekali lagu Soffea menjawab dengan terkejut .Sudahlah tadi pasal meminang dan sekarang pasal perkahwinan pulak .Apasal cepat sangat .Nanti apa yang orang fikir kalau kahwin mengejut macam ni . “Kami dah sepakat Fea . Lagipun masa tu kamu cuti “balas Puan Zaili sambil mengusap perlahan kepala anak gadisnya itu .Dia tahu berita ini memang akan memeranjatkan Soffea ,tapi dia lakukan smeua ini demi kebahagian anak gadisnya itu . “er.. mami perkahwinan tu nanti berlangsung dekat mana .” “ dekat mana lagi , dekat rumah kitalah?” “Rumah kita .? err . dekat mana tu .?” “dekat mana ape lagi nya Fea , dekat Kelantan la . ke kita ade rumah lain cik Soffea oiii .? Amboi dah nak kahwin dah jadi macam nie ye anak aku nervous la tu “ “Mami boleh Fea minta sesuatu ?” Puan Zaili memandang Soffea lagi . Baru saha dia mahu menapak keluar dari bilik anak gadisnya itu , namun terpaksa dia membatalkan niat dihati “Ape .?” “boleh tak mami cakap dekat keluarga Ameer tolong rahsiakan perkahwinan ni dari keluarga mereka dan orang-orang berkenaan di KL .?” soal Soffea lembut . gusar juga dihatinya kalau-kalau maminya menolak permintaannya itu . “Lupa mami nak cakap . Ameer pun minta macam ni juga . Jadi mami dengan keluarga Puan Sri sepakat nak buat majlis akad nikah dan persandingan dikelantan “ Soffea menghembuskan nafas lega . Nasib baik si Ameer tu sejiwa dengan aku .Kalau tak ,alahai .Biarlah perkahwinan ini jadi rahsia buat sementara waktu .AKu masih lagi tidak bersedia untuk memberitahu kawan-kawanku yang lain “takpela macam tu mami , Fea setuju “ jawab Soffea pula .Puan Zaili hanya mengangguk sambil tersenyum .Lega hatinya mendengar jawapan dari bibir cantik milik Soffea “Mami kejap , satu lagi Fea nak tanya .?”Puan Zaili yang baru sahaja memalingkan badannya terus terhenti .Dipandang kembali wajah kearah anak gadisnya “Apa lagi anak ku si burung murai .?”perli Puan Zaili .Dia tah anaknya yang seorang ni suka bercakap .Kalau sekali dah start bercakap memang sah susah nak berhenti . “ Alah mami ni , nak tanya sikit pun tak boleh “jawab Soffea sambil merajuk .Wajahnya ditarik masam .Puan Zaili masih lagi tersenyum melihat tingkah anak sulungnya .Alahai dah nak kahwin pun perangai macam lagi budak .Macam manalah si Soffea ni nak uruskan suami dia nanti . “mana ade mami cakap tak boleh sayang . Ade ke .?ade ke .? takde kan.?”jawab Puan Zaili sambil berseloroh manja “hurm ,yelah . Macam mana mami boleh tahu pasal wasiat arwah Eddy tu?dan lagi satu persiapan perkahwinan macam mana. .?”soal Soffea lagi .Hampir terlupa akan pertanyaan itu tadi “Sebenarnya mami dah lama dah tahu . Hari mula-mula arwah sebut lagi . Masa tu Fea tak tahu .Hurm pasal perkahwinan tu ,Puan Sri dah uruskan segalanya “ “tapi macam mana mami boleh tahu .?takkan Reen yang cakap kot”jawab Soffea masih lagi tidak berpuas hati “takla Puan sri yang telefon mami” |